PERHIMPUNAN #TangkapAzamBaki berlangsung di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di Kuala Lumpur pada Sabtu. Perhimpunan yang diadakan oleh sekumpulan aktivis bertujuan menggesa orang ramai menyertai perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan. ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan #TangkapAzamBaki: Jalan sekitar Bangsar sesak, polis lencong 5 laluan Berikut adalah kronologi perhimpunan #TangkapAzamBaki pada Sabtu: 12.46 tengah hari: Penganjur Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki meminta peserta bersurai. 12.42 tengah hari: Peserta himpunan menyanyikan lagu Negaraku sebaik tiba di stesen LRT Bangsar. 12.22 tengah hari: Kumpulan peserta himpunan mula berjalan pulang ke stesen LRT Bangsar. 12.03 tengah hari: Penunjuk perasaan menghampiri pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) membuat halangan di persimpangan. 11.57 pagi: Polis membentuk benteng di persimpangan Jalan Travers-Jalan Bangsar berhampiran bangunan Bank Rakyat. Orang ramai menuju ke arah penghadang. 11.49 pagi: Rapid KL dalam tweet berkata stesen LRT, MRT dan Monorel ditutup berikutan perhimpunan di Kuala Lumpur dibuka semula secara berperingkat mulai 11.30 pagi. 11.31 pagi: Peserta himpunan berjalan dari stesen LRT Bangsar menuju ke balai polis Travers di Brickfields. Perhimpunan #TangkapAzamBaki di Stesen LRT Bangsar. 11.24 pagi: Orang ramai melaungkan slogan di tengah-tengah bunyi paluan gendang bagi menuntut tindakan terhadap Azam Baki dan rombakan SPRM. 11.21 pagi: Konvoi FRU dilihat meninggalkan tempat kejadian. 11.19 pagi: Sebuah lori meriam air FRU adalah antara konvoi kenderaan yang diletakkan kira-kira 100 meter dari orang ramai. 11.18 pagi: Peserta himpunan dilihat membentuk barisan di hadapan sebuah restoran berhampiran Stesen LRT Bangsar. 11.11 pagi: Lori FRU tiba di Jalan Bangsar. 11.01 pagi: Puluhan peserta himpunan mula berkumpul di bawah stesen LRT Bangsar. Mereka dilihat memegang sepanduk menyeru tindakan terhadap Azam Baki. Kedengaran mereka meminta orang ramai untuk mematuhi penjarakkan fizikal. 10.52 pagi: Polis dilihat meminta beberapa peserta himpunan menunjukkan butiran peribadi mereka. 10.43 pagi: Peserta himpunan mula membanjiri stesen LRT Bangsar. Sepasukan peguam juga kelihatan berada di tempat kejadian. 9.30 pagi: Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dan susur keluar NPE ke Jalan Bangsar sudah sesak kerana polis melencongkan laluan lalu lintas di lima jalan menjelang perhimpunan. 8.30 pagi: Lima jalan di sekitar stesen LRT Bangsar ditutup sejak 7 pagi. Jalan-jalan yang ditutup adalah Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI