suria

Nelayan hilang rupa-rupanya pergi ke rumah saudara, bomba hentikan misi pencarian selepas 3 hari

Isterinya Isterinya telah membuat laporan kehilangan pada 27 Januari lalu. (Gambar Hiasan)

MISI selama tiga hari dalam mencari seorang nelayan yang dilaporkan "hilang" di perairan Kudat, utara Sabah berakhir pada Ahad.

Rupa-rupanya, nelayan itu berada dalam keadan baik dan sedang menetap di rumah saudaranya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Remaja berterus terang malu keluar dengan anak nelayan, minta putus hubungan - “Aku nak kecilkan skop kawan aku”

Pada 27 Januari, isterinya memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa lelaki yang berusia 54 tahun itu gagal dikesan.

Namun pada Ahad, dia memberitahu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bahawa suaminya dijumpai sedang menetap bersama saudara-mara di Kampung Rosob.

“Sepanjang operasi mencari dan menyelamat, lelaki yang hilang itu sebenarnya bersama saudara mara di kampung lain.

“Kami segera membatalkan operasi mencari dan menyelamat selepas dimaklumkan oleh isterinya pada 7.35 pagi (Ahad),” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah.

Isterinya telah membuat laporan kehilangan pada 27 Januari selepas suaminya gagal pulang ke rumah di Kampung Limau Limauan, selepas keluar memancing. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain