suria

Naik mendadak... kes harian Covid-19 lepasi angka 9,000

Malaysia merekodkan 9,117 kes baharu Covid-19 pada Sabtu.

SEBANYAK 9,117 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Jumaat iaitu 7,234 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,904,131 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Berikut

Artikel Lain