suria

Kematian terus ditangisi, PM zahir ucapan takziah buat Rayan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Rayan Awram yang meninggal dunia selepas terperangkap selama lima hari dalam perigi di Maghribi.

Ismail Sabri berkata, kes kematian yang disahkan oleh Istana Diraja Maghribi pada Ahad pagi itu benar-benar menyayat hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Seluruh dunia kirim doa, rakyat Malaysia tumpang sedih atas pemergian kanak-kanak Maghribi- “Berehatlah adik Rayan di syurga”

“Seluruh Keluarga Malaysia dan saya mengucapkan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga Rayan.

“Semoga Allah mengurniakan dia darjat Jannah yang tertinggi. Al-fatihah,” tulisnya di Twitter pada Ahad.

Rayan terperangkap dalam perigi di utara Maghribi selama lima hari sebelum ditemui meninggal dunia hari ini.

Kanak-kanak lelaki tersebut dibalut dalam selimut kuning selepas dia dibawa keluar dari terowong yang digali khusus untuk operasi menyelamat.

rayan6

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen.

Dia segera dikejarkan dengan ambulans ke helikopter untuk diterbangkan ke hospital terdekat, sejurus sebelum pihak istana mengeluarkan kenyataan mengesahkan kematiannya.

Dilaporkan, Rayan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Kawasan berbukit di sekitar Chefchaouen dikatakan sangat sejuk dan penyelamat cuba memastikan kanak-kanak itu hidup dengan menurunkan makanan, air dan oksigen melalui tiub.

Pasukan penyelamat bekerja sepanjang masa memotong parit besar melalui lereng bukit, kemudian membuat terowong mendatar ke arah Rayan, dengan risiko berterusan mencetuskan tanah runtuh.

Pada jam terakhir usaha menyelamat, pekerja terpaksa bergerak dengan sangat berhati-hati ketika mereka cuba menggali tanah dan batu ke tempat Rayan berbaring.

Mereka akhirnya dapat mengakses telaga itu lewat pada hari Sabtu, dan membawa mayatnya ke ambulans yang menunggu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain