suria

Wah... bukan biasa-biasa, Haziq interview PM pula! Siap tanya plan masa depan negara

Haziq berkesempatan menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang Ahad. Foto: Bernama

PERNAH menyuarakan keinginan mahu menemu ramah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika diberi peluang, kini hasrat wartawan cilik, Muhammad Haziq Mohd Asyraf sudahpun direalisasikan malam ini.

Pertemuan yang diatur oleh Pejabat Perdana Menteri itu berlangsung di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah, lapor Utusan Online.

Ismail Sabri ketika ini sedang melakukan kunjungan ke Negeri Jelapang Padi bermula Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Petah dan santai... ‘wartawan cilik’ pegang mic lapor suasana pasar Bukit Selambau, siap panggil mak datin!

ARTIKEL BERKAITAN: Hidap talasemia sejak usia 5 tahun... kali ini video Haziq laungkan azan raih perhatian, syabas ibu ayah dipuji pandai didik anak

Menerusi temu bual selama kira-kira empat minit 30 saat yang turut disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook kanak-kanak terbabit iaitu Haziq Atan, wartawan cilik itu kelihatan santai bertanya beberapa soalan kepada perdana menteri.

Antara soalan yang diajukan Muhammad Haziq adalah berkaitan makanan dan minuman kegemaran, umur, rutin harian serta perancangan kepada Malaysia jika diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri 10 tahun lagi.

Ketika siaran langsung itu dirakam, netizen turut melontarkan komen-komen positif antaranya meluahkan rasa kagum mereka terhadap kepetahan kanak-kanak tersebut.

Haziq mencuri tumpuan kerana kepetahannya seperti seorang wartawan.

Haziq mencuri tumpuan kerana kepetahannya seperti seorang wartawan.

Muhammad Haziq yang berasal dari Bukit Selambau mula meraih perhatian warganet setelah videonya membuat laporan 'secara langsung' di Facebook mengenai penemuan ular sawa di pasar, menjadi tular.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu terus menjadi perhatian rakyat Malaysia bukan sahaja kerana kepetahannya, malah kerana bakat lain yang dimilikinya.

Muhammad Haziq yang juga anak sulung daripada dua beradik berkebolehan memasak pelbagai jenis kek dan muih muih tradisional.

Selain itu, kanak-kanak ini juga mampu melaungkan azan persis seorang bilal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain