suria

Bukan biasa-biasa... pelajar UiTM raih markah tertinggi ACCA FIA

Anis berkata berkomunikasi yang baik dengan pensyarahnya dan memahami prinsip subjek itu adalah faktor utama.

NOR Anis Syafika Zumi Azlan dari Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), mendapat markah tertinggi di Malaysia dan dunia dalam Pengurusan Maklumat pada peperiksaan ACCA Foundation in Accountancy (FIA) pada Disember 2021.

Dia dinobatkan anugerah Prize Winner oleh ACCA apabila keputusan diumumkan baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UiTM hias bilik hostel macam hotel kos tak sampai RM300! Sanggup tanggal, tampal semula ‘wallpaper’ selepas diminta pindah

Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Anis berkata komunikasi yang baik dengan pensyarahnya dan memahami prinsip subjek itu adalah faktor utama.

“Pensyarah kami sentiasa ada apabila pelajar memerlukan soalan dijawab. Mereka memudahkan kami untuk belajar dan memberikan contoh dunia sebenar yang membantu kami memahami topik dengan lebih baik,” katanya.

Untuk membantunya mengurus pembelajaran dalam talian dengan lebih baik, dia mengubah kawasan belajarnya menjadi persekitaran seperti bilik darjah dan memastikan dia mendapat tidur yang cukup setiap hari.

Ini meningkatkan keyakinannya dan meningkatkan motivasinya untuk kekal fokus, kongsinya.

Gadis pintar dari Pasir Mas, Kelantan ini ingin menceburi bidang perakaunan forensik pada masa hadapan dan yakin dengan kelayakan perakaunan profesional akan mendekatkan dirinya kepada impian yang mahu dicapai.

Sambil melahirkan rasa bangga, Naib Canselor UiTM Dr Roziah Mohd Janor berkata beliau berharap pelajar lain akan sentiasa berusaa seperti Nor Anis Syafika dan memberikan yang terbaik dalam semua usaha mereka.

Untuk menjadi universiti berprestasi tinggi, UiTM akan menyediakan persekitaran yang membina untuk pelajar dan pensyarah supaya dilengkapi dengan minda global dan keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa, katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain