suria

Shopee nyahsenarai jualan selaput dara tiruan, pakar bimbang keradangan dan masalah mental kepada pengguna

Menurut pakar, wanita atau lelaki boleh menghidap sakit mental jika terlampau mempercayi mitos selaput dara. -Gambar hiasan

SEJURUS mengetahui platform e-dagangnya menjual produk 'kontroversi' selaput dara tiruan, Shopee mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap penjualan barangan terlarang itu termasuk menyahsenaraikan penjualan.

Shopee dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya komited untuk menyediakan pengalaman membeli belah yang selamat, boleh dipercayai dan menyeronokkan kepada pengguna.

"Kami mematuhi peraturan tempatan di setiap pasaran tempat kami beroperasi dan memerlukan penjual kami mematuhi kedua-dua peraturan tempatan dan dasar Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! Alat pecah dara tiruan dijual online, seller dakwa dapat kembalikan keperawanan wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Selaput dara tiruan: Pakar dedah lelaki sekarang tidak pentingkan status perawan, guna produk pecah dara bukti ketidakjujuran pasangan!

"Sebaik sahaja kami dimaklumkan tentang sebarang penyenaraian yang melanggar undang-undang atau dasar kami, tindakan segera terhadap penyenaraian tersebut dilakukan untuk melindungi komuniti Shopee," demikian maklum balas laman e-dagang itu berhubung isu ini.

Shopee memberitahu, dalam kes tersebut, siasatan menyeluruh dijalankan dan pihaknya mengalih keluar penyenaraian yang berkaitan dilakukan.

Tambahnya, pengguna digalakkan untuk menghubungi Shopee jika mereka menemui penyenaraian serupa di platform e-dagang yang mungkin melanggar undang-undang.

"Pengguna boleh menghubungi kami melalui bulatan menu di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk dan klik pada pilihan 'Laporkan Produk ini'.

"Sebagai alternatif, pengguna boleh menghubungi kami di [email protected] atau hubungi 03-27779222 (Isnin hingga Ahad - 9 pagi hingga 6 petang, termasuk cuti Umum) untuk melaporkan penyenaraian yang serupa atau produk haram di Shopee," jelasnya.

Selaput dara tiruan yang dijual mempunyai cecair merah yang tidak pasti puncannya.

Selaput dara tiruan yang dijual mempunyai cecair merah yang tidak pasti puncannya.

Sementara itu pegawai perubatan dari Klinik Irma, Tanjong Malim, Perak Dr Irma Izzati Abd Malek berkata penggunaan selaput dara tiruan mengundang risiko tinggi terhadap jangkitan kuman dan keradangan.

"Disebabkan tiada data klinikal berkenaan keselamatan dan material yang digunakan, risiko jangkitan kuman, keradangan atau inflamasi dan kecederaan adalah tinggi.

"Ini kerana alat tersebut dimasukkan terus ke dalam ruang vagina di mana kita tahu ruang itu adalah persekitaran yang bersih dan mempunyai tisu yang lembut serta sensitif.

"Tiada data kesan jangka panjang seperti kanser tetapi penggunaan yang kerap dan berterusan tanpa kajian keselamatan serta tahap steriliti alat yang dimasukkan dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi," jelasnya yang turut bimbang jika pengguna mengambil langkah drastik tanpa berfikir panjang.

Ujar beliau lagi, selaput dara (hymen) adalah selaput tisu yang nipis di mana tiada fungsi penting dalam badan manusia.

"Ia sememangnya tidak boleh dijadikan penanda aras seseorang wanita tersebut 'suci' atau tidak. Setiap wanita dilahirkan berbeza.

Darah hymen pada malam pertama tanda gadis suci adalah mitos.

Darah hymen pada malam pertama tanda gadis suci adalah mitos.

"Ada yang dilahirkan tiada selaput dara dan selaput dara juga boleh pecah dalam beberapa keadaan yang lain, contohnya untuk wanita aktif bersukan.

"Stigma wajib berdarah semasa pertama kali melakukan hubungan seks perlu diubah. Tidak berdarah tidak bermakna wanita tersebut sudah tercemar, ia sudah lebih menjadi tabu dan mitos dalam kalangan masyarakat kita terutamanya orang Melayu.

"Selaput dara juga punyai banyak jenis. Kebanyakan memang ada lubang kecil untuk pengeluaran darah haid. Dari segi masalah perubatan jika tiada lubang langsung dan jika ada kes-kes rogol yang memerlukan pemeriksaan jenis koyakan selaput dara wanita tersebut.

"Jadi, alat seperti ini lebih mendatangkan kemudaratan dan kemurungan jika semua orang percaya wajib berdarah di malam pertama. Malah, alat ni tak sepatutnya wujud memandangkan ia mendatangkan keburukan dari segi fizikal dan mental," jelasnya lanjut.

Mengulas tentang kesan mental, ujarnya, ia disebabkan seseorang wanita mahupun lelaki terlampau berfikir 'kena berdarah' jika masih 'dara'.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain