suria

Perkelahan bertukar tragedi, dua sahabat lemas di air terjun Batu Berangkai

Kedua-dua mangsa berkelah di tepi air terjun sebelum kejadian berlaku.

DUA sahabat ditemui mati lemas dalam satu kejadian di air terjun Batu Berangkai, Kampar, pada Selasa pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, mangsa, Muhammad Fikri Adam Azmi dan Muhammad Amirul Hafidz Ma'asor, kedua-duanya berusia 20 tahun, disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan.

"Kedua-dua mangsa dan dua lagi rakan mereka dari Sabak Bernam, Selangor datang untuk berkelah di tepi air terjun sebelum kejadian berlaku.

"Seorang daripada mangsa ditarik keluar dari air oleh orang awam manakala mangsa kedua ditemui di dalam air sedalam 3 meter oleh anggota bomba kira-kira pukul 11.20 pagi," kata jurucakap tersebut.

"Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya lagi. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain