suria

Apa pendirian kerajaan mengenai dos ke-4, PKP? Ini jawapan Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media status terkini kes penularan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis. Foto: Bernama

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah ditanya mengenai pemberian dos keempat vaksin Covid-19 seperti mana dilakukan di beberapa negara luar seperti Israel.

Menjawab soalan itu, beliau berkata kerajaan belum mempunyai sebarang perancangan untuk melaksanakannya untuk rakyat negara ini.

"Buat masa ini tak ada perancangan (dos keempat). Kita nak fokus kepada dos penggalak," ujarnya dalam sidang media pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi PKP, SOP sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina diumum tak lama lagi

Khairy berkata demikian pada sidang medianya pada Khamis, petang di Putrajaya yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Disember lalu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menyatakan bahawa negara itu bakal mempelopori pemberian dos keempat, dengan golongan yang layak mendapatkan suntikan itu adalah penduduk yang berusia lebih 60 tahun dan anggota pasukan perubatan.

Sementara itu, Khairy turut memberi jaminan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilaksanakan pada masa akan datang.

"Buat masa ini tiada apa-apa rancangan untuk sekatan pergerakan, dan ini adalah pendirian kerajaan hari ini.

"Dan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa tiada perancangan melaksanakan apa-apa sekatan melainkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tertentu sahaja," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tersebut berikutan keresahan rakyat apabila PKP akan dilaksanakan semula termasuk ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain