suria

Lelaki nekad bakar diri, melecur 96 peratus meninggal dunia

Video kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.40 malam Rabu itu turut tular di media sosial.

LELAKI yang membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, Kangar, pada malam Rabu, akhirnya meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Lelaki berusia 28 tahun itu pada mulanya dilaporkan berada dalam kritikal selepas anggota badannya melecur 96 peratus.

Perkembangan mengenai lelaki itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada pemberita pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa bekas teman wanita temui pengganti, lelaki 28 tahun nekad bakar diri sendiri

Bagaimanapun katanya, maklumat tentang waktu kematian mangsa tidak diberitahu kepada pihak polis.

Media sebelum ini melaporkan lelaki itu didakwa tekad membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanita yang mempunyai kekasih baharu.

Video kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.40 malam Rabu itu turut tular di media sosial.

Menerusi rakaman video orang awam, lelaki itu dilihat berjalan beberapa meter dalam keadaan badannya dijilat api.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian telah menenangkan dan menyelamatkan mangsa dengan menghubungi ambulans sebelum lelaki itu dihantar ke hospital.

Menurut Wari, lelaki tersebut adalah pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah (HTF), sebagaimana yang diberitahu keluarga mangsa. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain