suria

Rezeki si pemungut sampah, dapat macam-macam semasa perayaan Tahun Baru Cina... paling best angpau lebih RM2,500!

Rezeki Muhammad Izzat dan rakan-rakan apabila diberikan makanan dan angpau ketika memungut sampah di kawasan kejiranan di Parit Buntar sewaktu Tahun Baru Cina.

RAKYAT Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin tanpa mengira bangsa, status mahupun latar belakang seseorang.

Buktinya, banyak video yang dikongsikan oleh warganet di media sosial memaparkan sikap rakyat negara ini yang tidak lokek menghulurkan pelbagai bentuk bantuan sekiranya terserempak dengan individu yang memerlukan.

Baru-baru ini, satu video yang dikongsikan oleh lelaki bernama Muhammad Izzat mencuri perhatian ramai di mana dia menunjukkan 'hadiah' yang diterima ketika menjalankan tugas sebagai pemungut sampah di kejiranan di Parit Buntar, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid teruja sampai hilang fokus tengok lori sampah, cikgu taska terkedu lihat reaksi Wira Oren, “Mereka kata tangan busuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lega, barang kemas bernilai RM70,000 ditemui semula selepas selongkar lori sampah

Menurut Muhammad Izzat, pelbagai hadiah berupa angpau, buah limau, minuman dan makanan ringan diberikan oleh penduduk berbangsa Cina ketika sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

"Alhamdulillah rezeki. (Kami) kutip sampah orang Cina bagi limau, air dan angpau," tulisnya dalam salah satu perkongsian di aplikasi TikTok.

Selain itu, Muhammad Izzat turut memuat naik video di mana dia sedang mengira wang tunai daripada angpau yang diberikan penduduk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kesemua pemberian tersebut akan diagihkan sama rata di antara dia dan rakan-rakan sekerja yang menjalankan tugas ketika itu.

cny 1

'Hadiah' berupa angpau dan makanan yang diterima Muhammad Izzat dan rakan-rakannya.

Lebih menarik dedah lelaki ini, mereka menerima angpau hampir setiap hari sepanjang minggu ketika perayaan berkenaan sehingga jumlahnya melebihi RM2,500!

"Alhamdulillah rezeki... kawasan sini ramai baik-baik. Hari-hari dapat makan dan air free," tulisnya pada ruangan komen.

Sementara itu menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen 'tumpang gembira' dengan perkongsian tersebut dan menyifatkan lelaki berkenaan dan rakan-rakannya sememangnya layak menerima ganjaran di atas khidmat mereka.

Alhamdulillah rezeki... kawasan sini ramai baik-baik. Hari-hari dapat makan dan air free.

MUHAMMAD IZZAT

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika pernah bekerja sebagai pekerja pembersihan.

"Alhamdulillah, rezeki di tahun baru. Boleh belanja anak-anak dan isteri keluar makan.

"Tahun Baru Cina memang best. Jiran saya Chinese, tak pernah miss lagi bagi limau dan angpau.

cny 2

Antara komen netizen pada perkongsian video Muhammad Izzat.

"Saya bekerja sebagai tukang sapu pun selalu angkut bawa balik limau," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini video yang dikongsikan oleh Muhammad Izzat di TikTok meraih melebihi 58,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain