suria

Remaja 14 tahun hamil, teman lelaki umur 15 tahun ditahan atas dakwaan rogol

Suspek akan direman sehingga Ahad.

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun telah ditahan kerana didakwa merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek bertemu mangsa di Pandan Indah pada Disember tahun lepas.

“Dipercayai suspek merogol mangsa sebanyak dua kali.

“Pada 13 Februari lepas, ibu mangsa mendapati mangsa hamil dan telah melakukan persetubuhan dengan suspek,” katanya pada Jumaat.

Mohamad Farouk berkata suspek ditahan di Pandan Indah pada Khamis.

“Suspek akan direman sehingga Ahad,” katanya lagi. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain