suria

Hadapi pelbagai pertuduhan termasuk gangguan seksual, Ebit Lew didakwa di mahkamah

Ebit (kopiah putih) berhadapan 11 tuduhan termasuk gangguan seksual.

DIPERCAYAI berdepan 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual, aktivis terkenal, Ebit Lew akhirnya dihadapkan ke mahkamah di Tenom, Sabah pada Jumaat selepas siasatan ke atasnya dilakukan sebelum ini.

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, kira-kira pukul 9 pagi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikaitkan dengan penyebaran video gangguan seksual, kertas siasatan kes Ebit Lew di peringkat akhir

ARTIKEL BERKAITAN: Kertas siasatan dakwaan gangguan seksual melibatkan Ebit Lew diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Memetik laporan Sinar Harian, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan akan mengadakan sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit Lew.

Difahamkan, Ebit Lew kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain