SEBANYAK 42 kawasan dalam daerah Shah Alam, Klang dan Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada Jumaat (25 Februari). Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, ia susulan kerosakan sistem elektrik di rumah pam di Bukit Jelutong U8, Shah Alam. ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air di 142 kawasan sekitar Petaling, Klang Menerusi kenyataannya pada Jumaat, beberapa kawasan terjejas termasuk Taman Kandis Permai, Jalan Bukit Rimau, Kampung Sungai Kandis, Subang Subang USJ 3, USJ Height dan Putra Setia. Air Selangor berkata status bekalan air akan dikemas kini melalui saluran komunikasi rasmi mereka dan juga laman sesawang www.airselangor.com Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 manakala pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada Pusat Bantuan melalui www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI