suria

Bomba panjat tangga selamatkan kanak-kanak perempuan terperangkap di luar tingkap tingkat 3 pangsapuri

Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang terperangkap di luar tingkap tingkat tiga sebuah pangsapuri. Foto: JBPM Pahang

TINDAKAN pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di luar tingkap rumah di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Kuantan.

Dalam kejadian sekitar pukul 10 pagi Jumaat di Taman Pelindung Damai, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu diselamatkan sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan.

Menurut Ketua BBP Kuantan, Kamarul Bieza Mohamed Kassim, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk pukul 10.11 pagi berhubung kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 kuarters polis

"Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak tersebut masih berada di luar tingkap dan tindakan menyelamat segera dijalankan.

"Anggota menggunakan tangga untuk naik dan membawa turun kanak-kanak tersebut," katanya.

Kamarul Bieza berkata, punca kejadian tidak dapat dipastikan namun kemungkinan kanak-kanak itu keluar melalui tingkap dan gagal naik kembali untuk memasuki rumah.

"Tindakan segera penduduk memaklumkan kejadian berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada kejadian tidak diingini," katanya. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain