AIR mata laju mengalir tatkala mengenangkan pemergian si kecil ini dalam keadaan yang cukup tragis. Misha Kasih, 11, rentung dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kilang pembuatan getah sintetik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di Sungai Petani, Kedah. ARTIKEL BERKAITAN: Tengok dan rakam tak dapat selamatkan mangsa, doktor ini kongsi cara bantu mangsa kebakaran Kejadian berlaku kira-kira jam 4.11 pagi, Jumaat Kanak-kanak warganegara Indonesia itu merupakan anak angkat majikan dan dikatakan sedang tidur di salah sebuah bilik di tingkat atas premis berkenaan ketika kejadian. Turut bermalam di beberapa bilik dalam kilang sama, lima ahli keluarga majikan dan dua pekerja termasuk seorang warganegara Bangladesh. Bagaimanapun, tujuh yang lain terselamat dalam kejadian berkenan. - Sinar Harian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI