suria

Tragedi tanah runtuh: Identiti mangsa terkorban dikenal pasti

Situasi terkini lokasi tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang. Foto: Faihan Ghani/The Star

KELUARGA mangsa tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang sudah membuat pengecaman dan mengesahkan identiti si mati.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Chong Siew Kim (85 tahun), E. Ramasamy (58), A. Mahendran (36) dan Mohd Saiful Ridzuan Ishak (37).

Seorang mangsa terselamat yang dikeluarkan daripada runtuhan adalah Kim Cheng Kim, 85, yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

ARTIKEL BERKAITAN:Tragedi tanah runtuh: Mangsa keempat dan kelima terkorban

"Identiti mangsa telah disahkan oleh keluarga mereka. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat akan dijalankan," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dalam sidang media di lokasi kejadian, pada Jumaat (11 Mac).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya akan bersiap sedia di lokasi sehingga petang Jumaat.

Dilaporkan, mangsa tertimbus di dalam tanah sedalam 1.5 meter dan rumah yang paling hampir dengan lokasi runtuhan, musnah sepenuhnya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain