suria

Tragedi tanah runtuh: Mangsa keempat dan kelima terkorban

Operasi SAR menemukan dua mayat iaitu korban keempat dan kelima tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang. Foto: Bernama

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang berakhir dengan penemuan mangsa keempat dan kelima.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, mangsa keempat A Mahendran, 37, ditemui di hadapan unit rumah bernombor sembilan di sini sekitar jam 11 malam (Khamis).

"Mangsa kelima seorang lelaki tempatan merupakan penghuni rumah bernombor tiga ditemui di hadapan rumah.

"Lelaki itu ditemui pada jam 1.55 pagi (Jumaat) dan pemeriksaan dibuat pihak perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya dalam sidang media di lokasi operasi, awal pagi Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang selamat, 3 masih tertimbus... 15 rumah rosak akibat tanah runtuh di Taman Bukit Permai

Penemuan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban seramai empat orang manakala hanya seorang warga emas dalam lingkungan 80-an yang merupakan penduduk di sini terselamat.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan kerja-kerja 'flushing' menggunakan unit anjing pengesan (K9) untuk memastikan tiada lagi mangsa yang tertimbus.

c

Waris korban keempat tidak dapat menahan rasa sebak selepas membuat pengecaman mayat.

"Selesailah tugas-tugas mencari dan menyelamat (SAR) ini dan kerja-kerja flushing menggunakan K9 akan dijalankan.

"Sekiranya tiada apa-apa perkembangan terbaru terhadap mangsa, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan jalankan tugas pembersihan," katanya.

Mohamad Farouk berkata, pihak polis akan menjalankan kawalan keselamatan 24 jam untuk memastikan tiada kecurian berlaku di kawasan terbabit.

"Kami akan pastikan rumah-rumah tidak diceroboh dan berlaku sebarang jenayah, jadi saya minta penghuni di sini boleh membuat laporan polis jika ada apa-apa yang perlu dimaklumkan," ujarnya. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain