suria

Kanak-kanak hilang: Bapa antara 4 suspek ditahan, positif dadah

Bapa kanak-kanak hilang ditahan untuk siasatan.

BAPA kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie yang dilaporkan hilang di Jalan Daya, Kuching, Sarawak pada 7 Mac lalu antara empat suspek yang ditahan bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek ditahan pada 10 Mac lalu berumur antara 24 hingga 49 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kesan Eric Chang Wei Jie, hilang sejak Isnin

"Kita juga menahan pengasuh kanak-kanak tersebut bersama suaminya.

"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabai, memberi layanan buruk atau mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Ahsmon, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek mempunyai rekod jenayah dan positif dadah jenis syabu.

.Eric Chang We Jie hilang sejak 7 Mac.

Eric Chang We Jie hilang sejak 7 Mac.

"Suspek mempunyai 17 kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah, dua jenayah harta benda dan satu jenayah komersial.

"Polis juga telah membentuk pasukan petugas khas untuk mencari Eric, yang hilang kira-kira jam 9 pagi pada 7 Mac dari rumah pengasuh di Taman Riverview, Bintawa.

Terdahulu, ibu kepada Eric membuat laporan polis pada pukul 7.42 malam selepas mendapati anaknya hilang dari rumah pengasuh. - The star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain