RAKYAT Johor mengundi pada Sabtu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 bagi memilih kerajaan negeri baharu. Kira-kira 2.6 juta pengundi layak mengundi, termasuk kira-kira 175,000 pengundi kali pertama berumur 18 hingga 20 tahun. PRN Johor menyaksikan sebanyak 1,021 pusat mengundi bermula 8 pagi, bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab mereka. ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor 12 Mac, penamaan calon 26 Februari Menerusi pengundian awal Selasa lalu, sebanyak 36,729 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), manakala kira-kira 87 peratus atau 18,625 pengundi terdiri anggota polis, tentera dan pasangan yang menjalankan tanggungjawab mereka. Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup jam 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup jam 4 petang. Pusat-pusat mengundi lain akan ditutup 6 petang. Pada PRN Johor kali ini turut menyaksikan seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia terdiri daripada parti Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN); Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang); Pakatan Harapan (PH) bersama parti komponennya PKR yang bertanding atas logo sendiri serta rakan strategik gabungan itu, Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI