PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Keputusan terakhir undian yang melibatkan DUN Kota Iskandar diperoleh kira-kira pukul 12.15 pagi, Ahad sekali gus menjadikan BN menang majoriti mudah dengan 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan. ARTIKEL BERKAITAN: Undi tak rahsia lagi! Bangga jadi pengundi pertama... pemimpin sayap parti politik sebar kertas undi berpangkah PRN Johor Kemenangan itu membolehkan mereka mentadbir Johor. Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti gabungannya memenangi 31 kerusi pada pukul 11.20 malam, Sabtu. Ujarnya, keputusan itu sekali gus menunjukkan BN mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. Berdasarkan rekod dari portal SPR, pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam PRU Dewan Negeri Johor adalah seramai 2,597,742. Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan. BN: 40 Kerusi PH: 11 Kerusi PN: 3 Kerusi MUDA: 1 Kerusi PKR: 1 Kerusi Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI