suria

Insiden lama, polis nafi tak ambil tindakan... pelaku akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat

Suspek telah ditahan reman selama enam hari

KLIP video dera melibatkan kanak-kanak di sebuah rumah pengasuh yang tular dalam media sosial merupakan insiden lama.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar! Pengasuh tampar, ketuk budak guna sudip didakwa pernah dera kanak-kanak lain... selalu ada kesan luka cubit di badan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh lempang bayi bertalu-talu, ketuk kanak-kanak guna sudip! Video viral dikatakan dirakam anak tiri usia 11 tahun

Selain itu, katanya, polis turut menafikan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengasuh tersebut seperti yang didakwa beberapa pihak sejak Selasa.

Jelas Soffian, suspek iaitu seorang wanita warga asing berusia 53 tahun akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat dan pihaknya sedang menunggu kebenaran Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di mahkamah.

"Selepas menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada 7 Disember tahun lalu, kita menahan suspek pada keesokkan harinya kerana didakwa mendera empat kanak-kanak.

"Kita menahan reman suspek selama enam hari dan dia kini ditempatkan di Penjara Jawi sebelum didakwa di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur pada Rabu.

Mengulas mengenai kejadian itu, Soffian berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Persiaran Minden, Gelugor di sini pada 2 Disember 2021. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain