suria

PAS tak hadir PAU 2021 kerana tak dapat jemputan - Takiyuddin

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Foto: Bernama

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan parti itu tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 yang sedang berlangsung ketika ini.

Sungguhpun begitu Takiyuddin berkata, hubungan PAS dan Umno berjalan dengan baik memandangkan kedua-dua parti berada dalam satu landasan kerajaan yang sama, juga melibatkan Perdana Menteri yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Umno, PAS sah 'kahwin'

"Saya mengesahkan tidak menerima apa-apa jemputan, jadi kami tidak hadir,” katanya pada Khamis.

Untuk rekod, PAU2021 berlangsung empat hari bermula Rabu sehingga Sabtu dan akan dimulakan dengan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan berasingan, ketika ditanya mengenai reaksi pelantikan Menteri Besar Johor ke-19, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Takiyuddin memberitahu, PAS menyambut baik pelantikan tersebut sejajar dengan kehendak Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain