suria

Leka berhibur di Lorong Haji Taib, 25 individu terima padah dikompaun RM25,000

25 pengunjung pusat hiburan tersebut dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar SOP Fasa Empat PPN.

KESERONOKAN tak berpanjangan.

Begitulah kisahnya melibatkan 25 individu yang ditahan selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sedang leka berseronok di sebah pusat hiburan di Lorong Haji Taib Dua, Chow Kit, Kuala Lumpur pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengunjung konsert menari langgar SOP, polis panggil penganjur

Dalam serbuan itu, seramai 25 pengunjung pusat hiburan tersebut dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis turut menahan dua warga asing dalam serbuan sekitar jam 1 pagi tersebut.

"Seramai 27 individu diperiksa terdiri daripada 15 lelaki tempatan, 10 wanita tempatan, seorang lelaki dan wanita warga asing kesemuanya berusia dalam lingkungan 35 hingga 41 tahun.

"Kesemua warga tempatan dikompaun RM1,000 seorang dan jumlah keseluruhan RM25,000," katanya pada Sabtu.

Noor Dellhan berkata, dua warga asing tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Langkah-Langkah Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 2021.

“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain