GARA-GARA mendedahkan maklumat perbankan internetnya melalui ‘aplikasi bank negara’, seorang wanita mengalami kerugian RM18,000 selepas wang di dalam akaun banknya lesap dipindahkan pihak tidak dikenali. Wanita berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kerana di sebuah syarikat pengubahsuaian rumah itu mendakwa dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawai bank negara bagi tujuan siasatan selepas dikaitkan dengan kes tunggakan cukai syarikat. ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik ‘petik’ nama Kastam ‘perah’ duit mangsa ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer e-wallet! Kad kredit declined tapi berjaya top up RM700, juruwang mungkin dipukau atau ‘pening’ ketika kejadian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku selepas mangsa menerima panggilan daripada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jumaat memaklumkan tentang tunggakan cukai syarikat berjumlah RM38,000. Menurutnya, syarikat itu dikatakan didaftarkan atas nama mangsa dan dia perlu menjelaskannya bagi mengelak tindakan undang-undang terhadapnya diambil. "Bagi meyakinkan mangsa, panggilan telah disambungkan kepada seorang pegawai polis dari Balai Polis Kota Bharu sebelum dia dimaklumkan bahawa satu laporan polis akan dibuat berhubung kes tersebut. "Bagi menyelesaikan kes itu, mangsa diminta berbincang dengan pegawai Bank Negara melalui panggilan yang disambungkan. "Selepas berhubung dengan pegawai berkenaan, mangsa diminta memuat naik satu aplikasi bank negara dan mengisi segala maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Mohd Wazir berkata, akur dengan arahan itu, mangsa mengisi segala butiran yang diperlukan termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon, nama pengguna perbankan internet dan nombor kad banknya. - Sinar harian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI