APLIKASI MySejahtera mengumumkan bahawa pengguna perlu mengesahkan butiran pengenalan dan tarikh lahir mereka untuk menerima tanda semak disahkan (verified) yang berwarna biru. Pengesahan itu bermakna pengguna boleh mengakses sepenuhnya semua ciri pada aplikasi tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Daftar derma organ mungkin boleh dibuat menerusi MySejahtera tidak lama lagi - KJ Sebagai contoh, pengguna mungkin tidak dapat melihat sijil vaksinasi jika belum mengesahkan akaun mereka. Pengguna dikehendaki mengemas kini aplikasi kepada versi 1.1.8 untuk mengakses ciri pengesahan baharu yang boleh dilakukan dengan hanya 'mengklik' pada "Sahkan sekarang" pada halaman daftar masuk aplikasi. Kemas kini tersedia untuk kedua-dua peranti Android dan Apple. MySejahtera juga baru-baru ini mengumumkan bahawa pengguna kini boleh membuat janji temu dos penggalak mereka melalui aplikasi. Pengguna perlu mengesahkan akaun mereka untuk mengakses ciri tersebut dan pautan itu akan diberikan secara berperingkat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI