suria

PM zahir rasa sedih, Keluarga Malaysia ucap takziah buat famili mangsa pesawat terhempas di China

Ismail Sabri menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang berlaku.

INSIDEN pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin ternyata mengejutkan ramai.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat China Eastern Airlines bawa 133 orang terhempas

"Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di Wilayah Guangxi, China semalam.

"Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada Kerajaan China dan keluarga mangsa.

Diharap semoga tabah menghadapi ujian ini," ujarnya.

277104399_531509168323744_1113782410297422109_n

Ucapan takziah yang dikongsi menerusi Facebook Ismail Sabri pada Khamis.

Ismail berkata demikian menerusi kenyataan ringkas yang dikongsi menerusi Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia turut meninggalkan ucapan takziah terhadap keluarga mangsa terlibat.

Setakat ini, tiada laporan penglibatan rakyat Malaysia dalam nahas tersebut.

Untuk rekod, pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan, ketika dalam penerbangan dari bandar Kunming ke Guanzhou.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain