suria

Rakyat Malaysia bebas melancong, MySejahtera bakal disenaraikan dalam sistem EU

Khairy Jamaluddin semasa sidang media.

RAKYAT Malaysia bebas mengunjungi mana-mana negara yang disenaraikan tanpa sekatan seperti beberapa insiden yang berlaku sebelum ini.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ia berikutan MySejahtera akan didaftarkan dalam senarai sistem yang digunakan Kesatuan Eropah (EU).

Mengulas mengenai vaksin Sinovac pula, ujar beliau, pengembara yang menerimanya tidak akan mempunyai masalah untuk ke negara luar termasuk Australia, United Kingdom mahupun Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sijil vaksinasi dalam MySejahtera tak diterima, 15 pelancong Malaysia terkandas di Manila

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya kesemua 7 rakyat Malaysia terkandas dibenar masuk Filipina

"Dalam syarat dan polisi serta ciri-ciri MySejahtera rakyat Malaysia boleh minta dos tambahan untuk tujuan pengembaraan dan kita akan sediakan.

"Bagi penerima Sinovac, tiada masalah di Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat... cuma saya akan menghubungi Duta Kesatuan Eropah untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara tersebut.

"Tentang sijil MySejahtera, pihak Kesatuan Eropah akan senaraikannya dalam sistem yang dipakai mereka dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat," jelasnya dalam sidang media pada Khamis.

Terdahulu, Khairy memaklumkan bahawa, Malaysia akan membuka semula sempadan kepada seluruh negara berkuat kuasa 1 April sejajar peralihan ke fasa endemik.

Susulan itu, ujarnya Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan tiga protokol tetap untuk pengembara bagi menjadikan Malaysia destinasi selamat serta mengelakkan kesesakan di pintu masuk antarabangsa.

Jelas beliau, perkara yang perlu dilakukan sebelum berlepas adalah pengembara perlu memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan deklarasi perjalanan termasuk maklumat vaksinasi.

"Mereka juga perlu melapor dan muat naik keputusan Ujian RT-PCR yang dilakukan dua hari sebelum berlepas. Bagi yang pernah dijangkiti dalam tempoh enam hingga 60 hari, mereka perlu melaporkan dan muat naik keputusan RTK Antigen Professional yang telah dilakukan dua hari sebelum berlepas.

15 penumpang itu pergi untuk pergi ke Filipina atas urusan perniagaan, peribadi dan kemanusiaan.

15 penumpang itu pergi untuk pergi ke Filipina atas urusan perniagaan, peribadi dan kemanusiaan.

"Pengembara bukan warganegara juga perlu mempunyai perlindungan insuran (Covid-19 dan pengembaraan) dan menyatakan alamat tempat penginapan di Malaysia.

"Dengan penghantaran maklumat di atas, mereka akan mendapat paparan Kad Pengembara (Travellers Card) bagi pengembara dengan vaksin lengkap serta arahan pengawasan dan pemerhatian (HSO) selama lima hari bagi yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi," katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa (PMA), pengembara akan melalui saringan demam dengan imbasan thermal scanner di kaunter kesihatan PMA dan bagi yang tidak bergejala akan meneruskan perjalanan ke kaunter Imigresen untuk semakan lanjut.

"Selepas memasuki Malaysia dalam tempoh 24 jam pula, pengembara dikehendaki menjalani ujian RTK-Ag professional sama ada di fasiliti kesihatan swasta di PMA atau di luar PMA dalam tempoh 24 jam dan keputusannya akan dipaparkan dalam MySejahtera.

"Sekiranya positif, pengembara dengan vaksin lengkap akan diberikan perintah HSO selama tujuh hari di tempat penginapan bagi kategori 1 dan 2 namun, bagi kategori 3 ke atas mereka perlu mendapatkan rawatan di PKRC atau hospital swasta. Pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi akan diberikan HSO selama 10 hari.

"Jika keputusan ujian RTK Antigen profesional negatif, pengembara dengan vaksin lengkap tidak perlu menjalani kuarantin manakala yang tidak lengkap akan diberikan HSO selama lima hari di tempat penginapan serta dikehendaki menjalani RT-PCR pada hari keempat atau RTK-Ag professional pada hari kelima," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain