suria

Tiada tindakan undang-undang terhadap penerima vaksin Sinovac jika mereka tolak dos penggalak - KJ

Kata Khairy, status vaksin sepenuhnya di MySejahtera bagi mereka yang membeli sijil vaksin palsu akan dihapuskan. Foto: FAIHAN GHANI/The Star.

TINDAKAN undang-undang tidak akan diambil terhadap penerima vaksin Sinovac Covid-19 yang tidak mahu mengambil suntikan penggalak, kata Khairy Jamaluddin.

“Tiada tindakan undang-undang... (mengambil vaksin) juga tidak diwajibkan di bawah undang-undang,” kata Menteri Kesihatan itu pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ jadi individu pertama disuntik vaksin Sinovac

Bagaimanapun, Khairy berkata, mereka yang tidak diberi penggalak selepas 1 April akan kehilangan status vaksin sepenuhnya.

Beliau berkata keberkesanan vaksin Sinovac menurun jauh lebih ketara berbanding vaksin AstraZeneca dan Pfizer.

Oleh itu, beliau berkata Kementerian sedang berusaha untuk meyakinkan mereka tentang faedah menerima dos penggalak.

Khairy juga berkata status vaksin sepenuhnya di MySejahtera bagi mereka yang membeli sijil vaksin palsu akan dihapuskan.

"Apabila siasatan polis mengesahkan hal ini, kami akan membanterasnya. Kami telah melawan mereka secara progresif," katanya.

Khairy berkata, kes itu akan dibawa ke Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebaik siasatan polis selesai terhadap doktor yang mengeluarkan sijil vaksin palsu itu.

“Jika terbukti begitu, doktor ini akan dibatalkan lesen mereka,” katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain