JABATAN Bomba dan Penyelamat datang membantu seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Semporna, Sabah yang tersangkut kemaluannya pada zip seluar, Khamis petang. Pihak mereka pada mulanya menerima laporan pada 4.23 petang Khamis mengenai kejadian yang berlaku di SK Kampung Simunul. “Mangsa mengalami kesukaran selepas pergi ke tandas. “Pasukan Bomba dan Penyelamat daerah membantu dia membuka zip menggunakan alatan khas, dan selepas memastikan keselamatan budak lelaki itu, operasi ditamatkan pada 4.48 petang,” kata jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI