suria

Suami isteri warga emas maut, motosikal bertembung kereta

Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan. Foto PDRM

DUA warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dipercayai bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 5.6 Jalan Pedas Kundur- Linggi, Rembau Negeri Sembilan pada pagi Isnin.

Ketua Polis daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi mengakibatkan mangsa A Munisamy, 70 tahun dan isterinya, L Annapurni, 65, mengalami kecederaan parah di kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemalangan dua kereta sedan.. empat maut, seorang rentung

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang 5 ahli keluarga sejak usia 4 tahun, pemuda hanya sedar erti kehilangan ketika masuk sekolah - “Nenek tunjuk keratan akhbar tragedi”

Ujarnya, pasangan suami isteri itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Pedas menghala ke Kundur.

"Siasatan awal mendapati sebaik mereka sampai tempat kejadian, motosikal suami isteri itu telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Kia Rio yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan, kedua-dua warga emas itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami parah di bahagian kepala dan mayatnya dihantar ke Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat," katanya ketika mengesahkan laporan kemalangan pada Isnin.

Hazri berkata, pemandu kereta tersebut iaitu seorang wanita berusia 36 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.- Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain