suria

Polis kesan penunggang menari atas motosikal di Port Dickson

Aksi penunggang menari di atas motor dirakam pada 25 November lalu.

POLIS sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai menunggang dalam keadaan merbahaya di Lebuhraya Seremban- Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, penunggang tersebut melepaskan tangan dan seolah-olah sedang menari.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis tunggang motosikal ala Superman diheret ke mahkamah

Ujarnya, rakaman video berdurasi 39 saat yang tular di laman sosial Facebook diambil daripada sebuah kereta yang memandu di belakang motosikal tersebut.

"Kejadian ini dirakam pada 25 November tahun lalu berhampiran susur keluar Bandar Springhill," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, berdasarkan rakaman video berkenaan, pihaknya dapat mengesan nombor pendaftaran individu terbabit.

Justeru, dia diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran dengan segera bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987/Seksyen 336 Kanun Keseksaan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan