SEORANG penyelia kurier terpaksa menerima 10 jahitan ditangan akibat bergelut dengan seorang perompak bersenjatakan pisau yang memecah masuk rumahnya pada waktu sahur di Kampung Laut Tiga, Palekbang, Tumpat di Kelantan pada Isnin. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, kejadian berlaku pada jam 4.45 pagi ketika mangsa berusia 50 tahun, bangun dari tidur untuk bersahur. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita seram tengok CCTV! Nampak pak guard pecah masuk rumah, selamba buka baju, seluar... siap ‘cari’ guna WhatsApp call ARTIKEL BERKAITAN: Pak guard ceroboh rumah pernah tanya di mana ‘suami’! Wanita dedah terpaksa ambil ubat penenang, mujur tergerak hati beli CCTV 2 minggu lalu "Mangsa terserempak dengan seorang lelaki memakai topeng serta memegang sebilah pisau di ruang tamu rumahnya. Lelaki tersebut menyuruh mangsa membuka pintu untuk dia keluar. "Semasa mangsa menghampiri, suspek mengacukan pisau menyebabkan mangsa mengambil sebuah kerusi kayu untuk mempertahankan diri dan memukul suspek,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Mohd Azmir berkata, berlaku pergelutan dan suspek melarikan diri dengan keluar melalui pintu belakang. "Pemeriksaan polis mendapati ada kesan umpil di tingkap rumah. "Mangsa pula mengalami kecederaan pada jari tangan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kelaboran. Mangsa terpaksa menerima 10 jahitan di tiga jari tangan kiri dipercayai terkena pisau,” katanya. Menurutnya, mangsa kemudian datang ke balai membuat laporan polis. "Siasatan awal mendapati tidak ada kerugian barangan berharga. Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak,” katanya. - Sinar Harian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI