suria

Tegur pun salah! Ibu bapa sokong anak pergi konsert Justin Bieber... Marah ustazah Asma suka jaga tepi kain orang, tak ‘sporting’

Ustazah Asma Harun dikecam selepas menegur ibu bapa supaya menghalang anak-anak daripada menghadiri konsert Justin Bieber.

BUKAN guna duit ustazah pun, kenapa nak sibuk hal orang?

Itu antara kata-kata kecaman yang diterima pendakwah bebas Asma Harun selepas menegur ibu bapa supaya menghalang anak-anak daripada menghadiri ke tempat maksiat seperti konsert artis antarabangsa, Justin Bieber.

Lebih menyedihkan apabila kecaman itu muncul dalam kalangan ibu bapa sendiri yang tidak senang dengan peringatan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat teruja, tak sabar nak jumpa Justin Bieber di KL Oktober ini... Tiket bermula harga RM288

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Justin Bieber vs kelas al-Quran Ramadan, Iddin Ramli tak berniat buat sesiapa terasa... tapi yuran ngaji RM1.70 sehari pun belum sold out!

Namun atas dasar dakwah, Asma tetap sabar dan terus memberi didikan kepada orang ramai tentang pentingnya menjauhi tempat sedemikian yang boleh mengundang pelbagai musibah.

"Adakah kalian begitu naif bahawa suasana konsert sebegini akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan? Kandang kala minuman najis (arak) dicuba, lebih jauh lagi ia boleh menjadi langkah pertama menuju kepada penzinaan.

ASMA 1

Ustazah Asma menjadi perhatian selepas menyuarakan teguran berhubung konsert Justin Bieber.

"Suasana terkinja-kinja dan saling hilang kawalan diri, walaupun asalnya si anak ni seorang yang pemalu dan sopan namun suasana sangatlah mempengaruhi seseorang.

"Pakaian pula tak boleh dibayangkan, pasti akan disesuaikan dengan konsert supaya tak dilihat janggal. Bertemulah dengan kawan baharu, sekelip mata nombor telefon saling bertukar. Merasai nikmat kebebasan atas nama 'sporting' ibu bapa," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Pada 31 Mac lalu iaitu hari yang sama tiket konsert Justice World Tour dijual di Malaysia, Asma memberikan teguran agar orang ramai khususnya golongan muda supaya tidak terjebak ke arah perbuatan maksiat.

ASMA 3

Susulan tegurannya, Ustazah Asma diminta agar tidak menjaga tepi kain orang lain.

Teguran itu nyata tidak disenangi ramai termasuk ibu bapa.

Apa yang lebih memeranjatkan, teguran yang disampaikan dibalas dengan kecaman daripada pihak ibu bapa yang memintanya agar tidak menjaga tepi kain orang lain.

Dalam pada itu, Asma menyatakan bahawa dia tidak bersedih akan hinaan dan cacian kerana baginya dia bukanlah sesiapa untuk dihormati dan dimuliakan atas dasar dosa diri sendiri.

Walaupun asalnya si anak ni seorang yang pemalu dan sopan namun suasana sangatlah mempengaruhi seseorang.

ASMA HARUN

PENDAKWAH BEBAS

Sebaliknya, wanita ini meluahkan rasa terkilannya apabila melihat ramai yang berdiam diri sahaja apabila melihat sesuatu kemungkaran berlaku di hadapan mata.

"Saat melihat kemungkaran yang dibenarkan secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, adakah iman tidak bersuara.

"Atau lesu juga bersama ayat sangka baik 'alahai itu Justin Bieber je, itu sekadar hiburan je, bukan selalu sekali-sekala je, kadang-kadang remaja perlu diberi kebebasan nanti memberontak, jika berdosa nanti taubatlah'," katanya.

Justeru katanya, normalisasi terhadap budaya asing dan mungkar seperti itu sepatutnya tiada tempat di hati ibu bapa Islam di negara ini.

ASMA 2

Ustazah Asma menegaskan tegurannya adalah atas dasar dakwah.

Malah, Asma menegaskan bahawa luahan ini bukanlah satu doa atau sangka buruk tetapi menulis daripada pengalaman menguruskan kes masalah sosial remaja dan penyelesaian ibu bapa.

Untuk rekod, penyanyi paling popular kelahiran Kanada, Justin Bieber dijadualkan membuat persembahan di Stadium Negara Bukit Jalil pada 22 Oktober 2022 ini.

Tiket bagi konsert World Tour itu dijual pada harga RM288 hingga RM2,088 untuk VIP, dan dilaporkan habis dalam masa beberapa jam sahaja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain