suria

Murid sekolah rendah dibenar hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. Foto Bernama

SEMUA pelajar sekolah rendah dibenarkan untuk kembali ke sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April ini, kata Datuk Dr Radzi Jidin.

Menteri Pendidikan itu berkata, sekolah di negeri Kumpulan A akan bermula pada 17 April manakala sekolah di negeri Kumpulan B akan bermula pada 18 April.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia berada di fasa ‘peralihan ke endemik’ mulai 1 April... ini SOP yang perlu anda tahu

"Murid sekolah rendah akan dibenar kembali ke sekolah sepenuhnya tanpa penggiliran.

"Paling penting ialah pematuhan semua anak-anak dan guru di sekolah ini kepada SOP yang ditetapkan walaupun kita bergerak dalam Fasa Peralihan ke Endemik.

"Jadi pematuhannya adalah amat penting terutama apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

"Saya minta jasa baik semua ibu bapa untuk setia ingatkan anak-anak apabila hadir ke sekolah nanti, bahawa pematuhan kepada SOP itu satu keutamaan," katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya pada Jumaat (18 April).

Negeri di bawah Kumpulan A meliputi Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu; manakala Kumpulan B pula merangkumi Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain