suria

Ditipu sindiket Kemboja: 12 lelaki berjaya dibawa pulang, 4 lagi masih kuarantin

12 lelaki yang dipercayai ditipu sindiket pekerjaan selamat dibawa pulang

SEKUMPULAN lelaki yang ditipu dan dipaksa bekerja untuk sindiket penipuan di Kemboja akhirnya berjaya dibawa balik ke Malaysia.

Kesemua 12 individu itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kira-kira jam 8.10 pagi Selasa melalui penerbangan dari negara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Buruh binaan dibuang kerja selepas kantoi campak bungkusan najis dari atas kren

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Amran Mohamed Zin berkata, pada mulanya 15 lelaki dan seorang wanita sepatutnya pulang pada Selasa tetapi empat daripada mereka disahkan positif Covid-19.

"Tiga lelaki dan seorang wanita itu dikuarantin di Phnom Penh selama tujuh hari," katanya di KLIA2 pada Selasa.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hasan berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada 12 individu itu sebelum membenarkan mereka beredar.

"Mereka akan dibenarkan pulang ke rumah dan bersama ahli keluarga yang menanti dengan penuh cemas.

"Kita hanya perlu merekodkan kenyataan mereka bagi memudahkan siasatan lanjut," katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain