suria

Tragis! Pemandu lori maut dihempap konkrit selepas terbabas

Pemandu lori maut dihempap muatan konkrit yang dibawanya.

SEORANG pemandu lori yang membawa tiang konkrit maut akibat dihempap muatannya itu selepas kenderaan yang dipandu terbabas di Lebuhraya Utara Selatan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, kemalangan yang melibatkan pemandu berusia 33 tahun itu berlaku pada awal pagi Selasa di Kilometer 220 arah Selatan berhampiran Taiping.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis... ibu maut dihempap barbell 180kg, anak saksi depan mata

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja pembersihan maut dihempap pokok tumbang

Katanya, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.43 pagi.

"Kren yang dihantar ke lokasi mengambil masa kira-kira lapan minit untuk mengalihkan muatan berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang ada di lokasi kejadian," tambahnya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain