suria

Renjatan elektrik: Lelaki maut cuba kendali wayar hidup

Seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik

SEORANG lelaki ditemukan maut akibat terkena renjatan elektrik berhampiran rumahnya di Kampung Numbak, Kota Kinabalu di Sabah pada pagi Selasa.

Warga tempatan berusia 37 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 7 pagi berhampiran rumahnya di Jalan Yayasan Tebagu dan dipercayai meninggal dunia ketika mengendalikan wayar hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan menyelamat tidak berjaya... suami, isteri maut terkena renjatan elektrik pemanas air

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.03 pagi dan telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat.

"Apabila anggota kami tiba, sudah ada anggota polis dan pihak berkuasa lain di tempat kejadian, termasuk pegawai perubatan dan kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tugas mereka adalah menjalankan pemeriksaan keselamatan di kawasan itu bagi memastikan tiada lagi unsur berbahaya yang tinggal dan operasi tamat pada jam 9.02 pagi.

Menurut pegawai di tempat kejadian, terdapat unsur kecurian elektrik berdasarkan sambungan wayar dan cara mangsa ditemui.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada mangsa terbabit dalam kecurian kuasa. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain