suria

Muafakat bawa berkat... Watsons-mStar kongsi nikmat sempena Ramadan, ceriakan kanak-kanak di YCK

DI bulan Ramadan yang mulia ini, masyarakat berlumba-lumba mengejakan amalan kebaikan.

Sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat dan serta individu, masing-masing menunjukkan keprihatinan mereka melakukan kebajikan.

Bertepatan dengan konsep muafakat membawa berkat, peneraju industri peruncitan kecantikan dan kesihatan, Watsons Malaysia memperhebatkan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada Ramadan kali ini.

Menerusi program Kongsi Nikmat 2022 anjuran Watsons Malaysia (Watsons) dengan kerjasama mStar memberikan sumbangan kepada 30 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit (YCK).

kongsi nikmat watsons 4

Dari kiri, Hwei Jiek, Danny, Caryn, Tuan Noor Hasini, Lydia, Sharon dan Niezam pada Program Kongsi Nikmat Watsons bersama mStar 2022.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, tujuan program itu untuk memberikan sumbangan kepada semua kanak-kanak di YCK bagi meringankan beban keluarga mereka sesuai dengan tagline Watsons 'Look Good, Do Good, Feel Great'.

"Antara sumbangan yang diberikan adalah keperluan penggunaan asas, alatan kesihatan, pelitup muka dan produk sanitasi.

"Bukan itu sahaja, kami juga berkongsi tip tentang kebersihan dan keselamatan di musim Covid-19 bersama ahli farmasi Watsons.

"Pihak Watsons berharap untuk mengadakan acara sebegini setiap tahun untuk membantu golongan yang memerlukan supaya mereka dapat menyambut perayaan dengan penuh bermakna," katanya di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) YCK di Kuala Lumpur, Isnin.

kongsi nikmat watsons 2

Caryn (tengah), Hwei Jiek (kiri) dan Danny menyerahkan barangan keperluan asas kepada kanak-kanak di YCK.

Selain Caryn, turut hadir pada program Kongsi Nikmat adalah Pengarah Pelanggan Watsons, Danny Hoh; Ketua Perdagangan Watsons, Foo Hwei Jiek dan Pengurus Pemasaran Jenama Watsons, Desmond Shia.

Kumpulan Star Media Group Bhd (SMG) pula dihadiri oleh Ketua Pegawai Perniagaan SMG, Lydia Wang; Pengurus Besar Kanan Pemasaran Jenama Pelanggan SMG, Sharon Lee; Penolong Pengurus Besar Pemasaran Jenama Pelanggan SMG, Phua Yen Li; dan Pengurus Pemasaran Jenama Pelanggan SMG, Chris Lim serta Ketua Pengarang Berita, Niezam Abdullah.

Dalam pada itu, Caryn menyatakan kegembiraannya melihat keceriaan wajah kanak-kanak di YCK yang menerima sumbangan dan duit raya serta set makanan daripada Watsons Malaysia.

Set makanan itu dimasak istimewa menggunakan resepi Youtuber tersohor, Buat Orang Lapo.

kongsi nikmat watsons 3

Antara kanak-kanak di YCK yang menerima sumbangan daripada Watsons.

Sementara itu, Pengarah Pusat Bimbingan YCK, Tuan Noor Hasini Tuan Omar bersyukur dengan sumbangan yang diberikan oleh Watsons Malaysia kerana dapat meringankan beban keluarga kanak-kanak yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Kanak-kanak di sini merupakan anak yatim, keluarga asnaf dan juga miskin bandar yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19 selama dua tahun berturut-turut.

"Jumlah keseluruhan bagi kanak-kanak disini adalah 120 orang yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 7-12 tahun yang ditempatkan di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) manakala yang berusia 13-21 tahun berada di Yayasan Chow Kit Jalan Tunku Abdul Rahman," ujarnya.

kongsi nikmat watsons 5

Tip tentang kebersihan dan keselamatan di musim Covid-19 bersama ahli farmasi Watsons.

Salah seorang kanak-kanak di YCK gembira mendapat pengalaman baharu pada hari tersebut.

"Saya gembira dapat berjumpa dengan orang baru, tambahan pula saya dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan, ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan," ujar Shamilah, 12.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain