suria

MySejahtera masih relevan? Ini jawab KJ

Fungsi daftar masuk di aplikasi MySejahtera masih relevan dalam membantu KKM mencegah penularan Covid-19.

TIMBUL tanda tanya sama ada aplikasi MySejahtera masih lagi relevan digunakan oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, fungsi daftar masuk di aplikasi MySejahtera masih relevan dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencegah penularan Covid-19.

Beliau berkata demikian pada sidang media, Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak timbul isu jual aplikasi MySejahtera kepada pihak swasta - Khairy

ARTIKEL BERKAITAN: MySejahtera masih perlu digunakan untuk kesihatan awam - Khairy

Menurut Khairy, semasa kemuncak jangkitan varian Omicron baru-baru ini, sebanyak 45 peratus kontak kasual dikesan dan didapati positif Covid-19.

"Nak kata tak relevan, saya tidak bersetuju kerana MySejahtera masih mempunyai nilainya sebagai alat untuk mengesan kontak," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, KKM akan membuat keputusan keperluan mengimbas daftar masuk ke premis dalam tempoh dua minggu lagi memandangkan negara sudah pun melepasi kemuncak jangkitan Omicron.

Daftar masuk menerusi MySejahtera masih diwajibkan meskipun negara sudah memasuki peralihan fasa endemik bermula 1 April lalu.

Ia dikecualikan bagi kawasan luar seperti taman awam. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain