suria

Angkara cemburu, suami belasah isteri guna kayu sampai masuk hospital

Seorang wanita dibelasah suami gara-gara cemburu. -gambar hiasan

SEORANG wanita cedera di kepala selepas didakwa dipukul suaminya menggunakan kayu di rumah mereka di Ladang Sindora, Layang-Layang di Kluang, Johor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, insiden berlaku pada pukul 12.51 petang Jumaat.

Menurutnya, mangsa menerima rawatan di Hospital Enche' Hajjah Khalsom.

"Suspek ditahan keesokan harinya, pada pukul 3 petang Sabtu di sekitar Ladang Sindora.

"Siasatan awal mendapati motif serangan kerana cemburu.

"Ujian air kencing mendapati si suami positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain