suria

Aidilfitri: Tiket penerbangan mahal, PM dijangka buat pengumuman

Keluhan rakyat berhubung isu tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang melonjak mendapat perhatian kerajaan. (Gambar Hiasan)

PENINGKATAN harga tiket penerbangan menjelang sambutan Aidilfitri mula menimbulkan kegelisahan orang ramai.

Dalam perkembanan terkini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung penyelesaian isu tersebut tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Sydney, AirAsia X sambung semula penerbangan ke Seoul dan New Delhi

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya telah menyerahkan intipati kandungan mesyuarat 72 jam bersama pemain industri penerbangan kepada Ismail Sabri.

Kita mengawal harga tambang dan nampaknya ada penurunan tetapi Perdana Menteri akan buat pengumuman, katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya dan Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri di Putrajaya pada Isnin.

Menurutnya, kementerian mengambil pandangan semua pihak dan juga kekangan syarikat penerbangan.

Ramai tidak faham kita tidak boleh tambah pesawat kerana sudah dua tahun tidak bergerak serta perlu melakukan pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu, katanya.

Beliau berkata, ada sesetengah pesawat telah digunakan untuk penerbangan lain ke negara- negara Asean.

Kita akan kerahkan pesawat yang sedia ada ke Sabah dan Sarawak, katanya.

Ka Siong berkata demikian mengulas mengenai keluhan rakyat berhubung isu tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang melonjak. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain