suria

Aidilfitri: KJ bakal umum ‘sesuatu’ minggu depan

Khairy menggesa warga emas mendapatkan dos penggalak Covid-19 segera bagi melindungi mereka daripada wabak berkenaan. Foto: BERNAMA.

PERALIHAN ke fasa endemik pada 1 April membawa sinar harapan untuk rakyat Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri tanpa sekatan ketat berbanding dua tahun sebelum ini.

Di sebalik keterujaan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka membuat pengumuman penting berkaitan sambutan berkenaan, pada minggu depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia berada di fasa ‘peralihan ke endemik’ mulai 1 April... ini SOP yang perlu anda tahu

"Minggu depan saya akan umumkan update berkenaan sambutan hari raya. Jeng, jeng, jeng," ujarnya menerusi aplikasi TikTok pada Isnin petang.

Dalam video sama, Khairy turut memberi peringatan kepada orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika meraikan Aidilfitri.

Khairy turut menggesa agar warga emas mendapatkan dos penggalak Covid-19 segera bagi melindungi mereka daripada wabak berkenaan.

"Dah 18 hari sejak kita buka semula sempadan negara dan tak lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kita raikan Aidilfitri nanti, janganlah kita lupa leka, teruskan dengan SOP.

"Paling penting, kita pastikan mereka yang berisiko tinggi terus dilindungi daripada Covid-19. Bawa mereka ambil booster sebab Covid-19 masih bahaya untuk warga emas.

"Dan kini saya telah umumkan bahawa warga emas yang berisiko tinggi boleh dan layak mengambil dos penggalak kedua untuk top up lagi imuniti mereka.

Dalam video sama, Khairy sempat berseloroh mengenai gelaran 'dajal' yang dilemparkan kepadanya oleh segelintir netizen baru-baru ini.

"Ini (dos penggalak kedua) pilihan ya. KKM beri saranan sahaja. Jangan kata saya paksa la, dajal la... Whatever.

"Saya cuma nak pastikan warga emas kita mendapatkan perlindungan yang terbaik, terutama sebelum anda semua balik kampung ramai-ramai nanti," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain