suria

Ahli keluarga dedah Nagaenthran jalani hukuman gantung pagi ini

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi mendapat penangguhan sementara pada 9 November lalu.

RAKYAT Malaysia, Nagaenthran Dharmalingam yang didapati bersalah mengedar dadah telah menjalani hukuman mati, kata keluarganya.

Adiknya Navin Kumar, 22, berkata, hukuman mati itu telah dijalankan di Penjara Changi, Singapura dan pengebumian akan diadakan di Ipoh, lapor Reuters.

Nagaenthran, 34, yang dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin ke Singapura, dihukum mati selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhir yang difailkan oleh ibunya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut terhadap anaknya.

Kesnya telah menarik perhatian antarabangsa.

Pada 7 November tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menulis surat kepada rakan sejawatannya di Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.

Pada 3 Disember, Presiden Singapura Halimah Yacob berkata Nagaentran telah diberikan proses yang sewajarnya sepenuhnya di bawah undang-undang.

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi mendapat penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia disahkan positif Covid-19. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain