KEPUTUSAN mengenai kewajipan pemakaian pelitup muka akhirnya terjawab selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat pengumuman rasmi pada Rabu. Menurut Khairy, bermula Ahad ini (1 Mei), pemakaian pelitup muka di luar bangunan tidak lagi diwajibkan. Bagaimanapun ia digalakkan jika individu berada di luar bangunan, terutama di kawasan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam serta stadium. ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke pelitup muka tidak lagi diwajibkan? KJ kata tunggu minggu depan "Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan apabila berada di dalam bangunan, termasuk gedung beli belah dan pengangkutan awam, termasuk e-hailing. "Namun pelitup muka boleh ditanggalkan ketika melakukan semasa senaman berat, berda berseorangan, makan atau minum, ketika berucap dan melakukan persembahan. "Penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka," katanya dalam sidang media khas pada Rabu. Pemakaian pelitup muka adalah digalakkan. Selain itu, Khairy turut mengumumkan beberapa ketetapan baharu mengenai langkah-langkah pencegahan dan kawalan Covid-19 semasa fasa peralihan endemik: - Individu boleh dilepaskan daripada pengasingan bermula pada hari ke-4 sekiranya telah disahkan negatif menerusi ujian RTK Antigen yang diselia oleh pengamal perubatan. Sekiranya masih positif, perlu melengkapkan tempoh pengasingan tujuh hari. - Kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka - Individu positif Covid-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap dan individu dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia tidak dibenarkan memasuki premis - Keperluan pengujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas (PDT) ke Malaysia dan pengujian semasa ketibaan digugurkan bagi pengembara berusia 13 tahun dan ke atas yang telah lengkap vaksinasi; mempunyai sejarah jangkitan Covid-19 dalam tempoh 6 ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum berlepas ke Malaysia, pengembara berusia 12 tahun dan ke bawah - Penjarakan fizikal di antara individu atau kumpulan tidak diperlukan. Hanya digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka. - Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempattempat awam. Digalakkan mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI