suria

Disyaki dera anak saudara sehingga mati! Pasangan suami isteri direman seminggu

Pasangan suami isteri tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin.

DUA suspek berusia 40 tahun yang disyaki mendera anak saudara mereka berusia lapan tahun hingga menyebabkan kematian direman selama tujuh hari.

Pasangan suami isteri itu yang juga penjaga kanak-kanak perempuan terbabit direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret Ipoh di Perak pada Isnin.

Suspek wanita yang memakai pakaian lokap berwarna jingga itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.15 pagi manakala suaminya yang berpakaian baju-T berwarna biru dan seluar jeans.

Terdahulu, pasangan terbabit ditahan polis di Taman Desa Pengkalan Bandaraya di sini pada Ahad, selepas disyaki mendera anak saudara mereka berusia lapan tahun.

Polis menerima laporan dari pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Mangsa yang dibawa oleh ambulans telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi akibat didera.

Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah 'multiple blunt injury'. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain