suria

Nenek maut diserang buaya ketika baiki pam air

Ketika kejadian, mangsa sedang membaiki pam air sambil ditemani cucu perempuannya. Gambar hiasan

SEORANG wanita warga emas meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah selepas diserang buaya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad, mangsa yang berusia 66 tahun ketika itu sedang membaiki pam air di tepi sungai bersama cucunya di Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak Batu Pitas, Kota Marudu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata wanita itu pergi ke lokasi kejadian bersama cucunya yang berusia sembilan tahun, kira-kira pukul 10 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bomba tangkap buaya sepanjang 4.57 meter sesat tengah jalan

Beliau berkata, ketika sedang membaiki pam air, seekor buaya tiba-tiba menerkam mangsa.

"Cucu perempuan mangsa memberitahu polis bahawa dia terkejut apabila mendengar jeritan neneknya, diikuti dengan kocakan besar air sungai.

"Pada ketika itu dia melihat seekor buaya menyerang neneknya," katanya ketika dihubungi.

Zairolnizal berkata dengan bantuan penduduk kampung, mangsa berjaya menyelamatkan diri daripada reptilia berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya, wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 1.20 tengah hari yang sama.

"Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat gigitan buaya," katanya.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain