suria

Alami luka, berdarah secara tiba-tiba... Kazim Elias akhirnya bercerita tentang penyakit misterinya

Kazim membuat pendedahan mengenai sakit misteri menerusi Facebook.

PENDAKWAH terkenal Datuk Mohd Kazim Elias tampil membuat pendedahan mengenai sakit misteri yang dihidapinya sejak sekian lama.

Menurut Kazim, dia mencuba pelbagai jenis rawatan dan cuba mneyembunyikan hal itu namun sudah tidak tahan untuk menanggung derita.

"Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ni, saya rasa saya tak boleh lagi sembunyi dari orang ramai.

ARTIKEl BERKAITAN: Kazim Elias rayu minta tolong, cari penawar ubat sakit kulit misteri... Komen Aeril Zafrel curi perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim sakit, terkena buatan orang?

"Ini keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak. Bukan hanya di muka malah seluruh badan.

"Ianya boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena. Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu, saya rasa rendah diri sangat-sangat," ujar Kazim menerusi Facebook.

Dalam posting pada awal pagi Khamis itu, Kazim turut memuat naik sekeping foto memaparkan keadaan kesan seakan-akan lebam pada bahagian matanya.

Bercerita lanjut, Kazim mendedahkan dia turut mengalami simptom seperti gatal, pedih serta gangguan emosi sehingga mengganggu rutin tidurnya sejak beberapa bulan lalu.

kazim6

Kazim berterima kasih atas tawaran banyak pihak yang mahu mengubatinya.

"Saya rasa saya perlukan pertolongan baik doktor atau daripada perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok.

"Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas. Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya. Walaupun sakit tetapi tetap saya terima semua jemputan ceramah dan program.

"Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.

Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas.

DATUK MOHD KAZIM ELIAS

"Walau kadang-kadang dilabel sombong kerana tak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu-dulu tapi tetap saya tabahkan hati sebab saya tahu orang ramai tidak tahu keadaan sebenar saya," ujarnya panjang lebar.

Dalam pada itu, Kazim turut mengucapkan terima kasih atas tawaran pelbagai pihak untuk mengubatinya.

"Terima kasih pada yang menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kepada saya. Saya dah berusaha berubat di banyak tempat tapi belum diberi keizinan oleh Allah.

kazim5

Dua foto terbaharu yang dikongsi Kazim.

"Mungkin ada dalam kalangan tuan/puan yang boleh membantu saya maka dengan itu saya siarkan gambar lengan effect khas itu sebagai kiasan," ujar Kazim merujuk kepada foto tular tangannya yang dikongsi pada Rabu petang.

Dalam posting di Facebook, pendakwah itu turut memohon maaf jika ada tindakannya yang menyakiti hati sesiapa selama ini.

"Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda," ujarnya lagi kepada lebih sejuta pengikut Facebook.

Di ruangan komen, ramai netizen menyatakan rasa bimbang melihat keadaan Kazim dan turut menghujani posting tersebut dengan titipan doa buatnya agar diberi kesembuhan segera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain