suria

Pegawai kanan polis meninggal dunia di pejabat, disyaki akibat serangan jantung

Seorang pegawai kanan polis meninggal dunia di pejabatnya di Menara KPJ. -gambar hiasan

SEORANG pegawai kanan polis meninggal dunia di pejabatnya di Menara KPJ, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pegawai berusia 42 tahun itu berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Aman.

"Dia dilaporkan meninggal dunia pada pukul 11 malam.

"Tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, punca kematian anggota polis tersebut disyaki akibat serangan jantung.

Ashari berkata, bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain