suria

Lelaki raba kanak-kanak perempuan 12 tahun dalam lif ditahan polis

Mangsa menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya sejurus selepas kejadian. Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki meraba seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam lif di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata suspek yang berusia 30-an itu ditahan pada Ahad (15 Mei).

"Dia direman sehingga Jumaat (20 Mei). Kami sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabul murid perempuan 11 tahun, pemandu van sekolah ditahan polis

Habibi sebelum ini berkata bahawa Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Kuala Lumpur sedang menyiasat kejadian yang berlaku pada Sabtu (14 Mei) lalu.

Difahamkan pada hari kejadian, ibu mangsa telah memintanya pergi ke kedai berhampiran bersama seorang sepupu yang berusia tiga tahun, kira-kira pukul 10.15 pagi.

Bagaimanapun, mangsa berlari pulang ke rumah sambil menangis dan menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya.

Mangsa mendakwa suspek telah meraba alat sulitnya.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial.

Ibu mangsa turut mendakwa kejadian serupa pernah berlaku sebelum ini dan dia membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan anak-anaknya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain